Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 25 September 2013

selamat pergi dan selamat kembali mak dan ayah

ahad lepas, sampai lah masa yg mak dan ayah aku tnggu selama ni. menunaikan fardhu haji. mak pernah buat umrah 2 kali sebelum ni. tp kali ni dapat rezeki utk buat haji pulak. mmg impian mak ayah selama ini. alhamdulillah syukur....

tapi keadaan mak aku bukanlah sihat sgt. dalam hati aku ni, mcm x nak bg mak aku pergi sebab keadaan fizikal dia mmg x mengizinkan sgt. tp dia gigih jugak. sebelum ni mmg dia nmpak sihat. tp bila nak dekat hari berangkat, keadaan mak nampak lemah sgt. ditambah dengan ingatan dia yg x berapa nk kuat lately ni. kesian sgt tgk mak. erm aku mmg asyik tekankan pasal mak je sbb ayah aku x kesah sgt sbb alhamdulillah ayah sihat. mak je yg aku risau sbb dia mmg x sihat.  sedihnya.... adik beradik selalu ckp. jgn jatuhkan semangat mak. biarkan mak pergi. itu impian dia. kita haraplah agar ada keajaiban bila dia di sana nanti. ermm insyaallah...

mak nak pakai stokin pon xlarat. dia xboleh bongkok, so susah nk pakai stokin. mak ke sana perlu berkerusi roda. sbb mak mmg x larat jalan. kesiannya kat mak. memamg ayah ada. tp not all the time ayah boleh bersama mak. sedangkan bilik pon lain2. satu je aku harap. semoga ada insan mulia yg sudi tolong mak kat sana. kalau mak x larat buat ibadah sinat yg lain pon xpelah. asalkan ibadah haji nnt mak dapat buat. ameen.

hari pertama mak ayah kat sana, ayah ade call adik aku. ayah da siap buat umrah. tp mak x buat pon sbb mak x larat nak bangun. ya Allah kesiannya kat mak...kalau mak kat sini, bolehla kitorang tgk2 kan. ni mak xde sesapa kt sana. mcm mn la keadaan mak. mak asyik nak terlelap je skang ni. kalau baca quran pon xboleh lama sbb asyik terlelap. tu semua kesan ubat2 yg mak makan. byk sgt ubat. harap2 mak x lupa nk mkn ubat dia tu.

ni hari yg ke 4. ayah mcm ada masalah dgn sim card activation. harap2 sim card tu cepat lah ok supaya senang kitorang nk call dorang. dah 2 hari x dengar berita. harap2 everything is fine over there. maklumla org tua, bukan nye reti sgt pasal simkad2 ni. kalau kita org muda yela laju je. erm risau pulak. sedih pon ade mengenangkan mak ;( aku doakan dorang ok2 je n mak punye kesihatan bertambah baik... semoga mak dan ayah mendapat haji yg mabrur.

erm ni masa malam sebelum mak berangkat. kami dan keluarga buat baca yaasin kt rumah. erm, kantoi la yan.. nak quran electronik sgt. tp tu bkn yaasin yg ko bukak tu kan? haha erm, eaa kita baca taw, tu kebetulan tertekan benda lain kot. hehe

izz ni org tgh baca doa, die mengelijat pulak aihh

my nephew nubhan. ye ke baca yaasin tu?  pandainye:)

doa kami agar mak n ayah dipermudahkan segala urusan semasa berada di sana

kami ke tabung haji kelana jaya betul2 lepas subuh. mak ayah kene berkumpul pukul 8.20am. kene ada 2 jam sebelum. rumah kitorang bukan jauh pon. so masuk je subuh terus solat n gerak ke tabung haji

wheelchair ni mak yg punye kami bawak smpai tabung haji je. lps tu, mak akan guna wheelchair tabung haji. tp bila smpai mekah nnt, along ada contact utk seorang hamba Allah disana utk pinjamkan wheelchair. alhamdulillah, hamba Allah yg along temui di FB telah pon menghantar wheelchair tu kepada mak di sana. semoga Allah memberkati haji Arsyad tu.

ramai sedara yg hantar mak ayah ke tabung haji. so mak nmpak sihat sikit masa tu. mak akan nmpak sihat bila ramai2 org keliling dia :)

port anak2 buah. punyelah mahal dorang jual belon gas ni. selalu kt psr malam RM5 je kan. kt sini jual sampai RM10. gilo. tp aku beli gak utk izz. naseb bek RM8 je. tp still mahal gak. huhu
ayah dah siap dgn pakaian ihram. ayah marah kain ihram dia mahal RM99 gitu. pdhal kat maidin RM29 je. kitorang sedapkan hati ayah. kitorang ckp ala, ayah punye kain ni ade design2 n selesa sikit. sebab tu mahal. hahaha mmg mahal la RM99. kitorang xtaw pon ayah da beli dulu. klo x, mmg aku bwk beli kt maidin je. hehehe


mak ayah dengan kesemua anak-anaknya.

ayah jaga mak elok2 ye

my family. anak2 bangah tah mana tah

my aunties n uncles

my uncle family

izz gonna miss wan ;) tgk la kasut mak tu. hya crocs je yg dia muat. itu pon kene beli size utk lelaki. dah 2 kali sebelum tu beli kasut utk mak nk gi haji tp tb2 x muat. sebab kaki mak mengembang n membengkak. kesian mak.. last2 kitorang beli crocs lelaki size 9. pdhal sblum ni saiz kasut mak 6 je...

we love u mak ayah. semoga sihat di sana ye

mak da tukar pakai wheelchair tabung haji. si mamat ni gi main wheelchair wan dia.

tahun ni mcm x ramai sgt kat tabung haji. yela tabung haji kan dah hadkan bilangan jemaah haji tahun ni sbb ade renovation kt mekah tu kan. so selesa la. xde la ramai sgt mcm last time dtg sini.

dari pompuan berdiri baju putih hingga ke kiri, semua tu sedara mara aku hokay. hihi penuh dgn kerabat je. yg peginye 2 org je kot. hihi

ape yg aku buat tu? hehe. lebih dr 10 kereta yg menghantar mak ayah ke tabung haji hari tu. semangat semuanya. yela, sedara mara aku mostly duduk kt klang valley. so setakat nak hntr ke kelana jaya tu, small the pieces la. semua suka join wlopon kene keluar rumah sesubuh hari. hehehe thats so special bout my big family :)

time ni mak dan ayah dah masuk ke dalam dah. bye2 ayah n mak. kitorang x abes2 tangkap gamba algi, amboi bertudung litup semua. alhamdulillah ;)

budak ni cranky kenapa? x mandi lg tu. hehehe. kejutkan dia pukul 5 pagi. terus salin baju. xkan nk mandikan pulak subuh2 hening tu kan. hehehe. balik tu baru mandi :0

tq all cousins temankan mak kita smpi tabung haji :)
ok la tu je. aku doakan mak n ayah elok2 aja kt sana. aku sentiasa doakan insyaallah. xsabar nak tgu 11 november utk sambut mak ayah balik ;)

love ~ izyan al-za'im

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...