Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 30 July 2013

iftar matrade 2013

as usual, MATRADE akan adakan majlis iftar untuk staff dan family setiap tahun. tempatnya, x lain x bukan kat mana lagi kalau bukan kat MATRADE hall tu kan. hehe. alhamdulillah x pernah miss majlis buka puasa ofis aku ni. this year best sikit sebab bawak anak sendiri. maka boleh collect duit raya. yeahhh! hehe


sebelum iftar, ada la tazkirah sikit kan. ni kat surau. amboi kemain gelak kuat izz jumpa kawan. terkekek2 gelak time tazkirah. aku bawak dia punya yousuf. tp teddy bear orang lain jugak yg dia main.

duduk diam je ye kat ex boss ummi ;)

macam tahun lepas, aku bawak seluruh family aku attend iftar ni. this year, aku bawak kakak2 hubs pulak. kebetulan kakak husni yg dari perak tu ade kt KL. so dia boley la join. keisha pon ade skali ;)

full house. kali ni makan dome style. and ade buffet jugak.

alhamdulillah izz budak baik x pernah kacau ummi abi time berbuka. make sure sebelum berbuka, nenenkan dia dulu. time nak makan, bagi tab. so diam la dia. hehe. kalau kat rumah pulak, time berbuka tu, masukkan dia dlm walker and bukak astro baby tv. haa selamat la kita berbuka sampai pukul 8. hehehe. keep up the good work izz :)

kumpulan hufaz buat persembahan. entah aku pon x kenal. layan jelaa. hehe

izz and abi geng jubah

ade anak-anak yatim buat persembahan. comel2 je dorang ni. dengan baju pink nye :)

sesi bagi duit raya. comelnye anak2 yatim ni pakai baju melayu pink ;) ishh abi ni block la.. hehehe

izz and abg shaheez, anak buah yg aku angkut jugak. hehehe dua2 dapat duit raya. dapat sorang rm10. untungla!! duit raya pertama! hehehe

ummi abi n izz

tahun ni mmg best la iftar. siap ade clown! so budak2 mmg suka la kan. izz dapat belon jugak :)

ummi with anak buah, shaheez n keisha. izz sebok main belon.

ok da kosong da dewan tu. jom balik ye. heehe

tq kak ina n kak hudaa join kami. best tak iftar kat ofis ummi n abi? hehehehe

menyempat jugak... hahaha ape la tinggi sangat anak buah aku yg baru form 4 ni. laki aku dah mmg tinggi. tp budak ni lagi tinggi dari laki aku. ade potensi nak tinggi lagi ni. huhu
ok sampai sini saje. nnt jumpa iftar matrade tahun depan. heee bye :)

love ~ izyan al-za'im

Friday, 19 July 2013

20th anniversary of MATRADE

salam 10 ramadhan :) 
ni cerita minggu lepas sebelum puasa lagi ye. punye la x sempat nak update. poyo konon sebok sgt. haha
well, office tempat aku bekerja iaitu MATRADE kesayanganku itu telah pon berumur 20 tahun. oleh itu, ada sambutan sikit. tahniah MATRADE. anyway sape yg tak taw, MATRADE ni agency kerajaan di bawah MITI. kitorang badan berkanun. kira semi gomen la ok.
 
xde ape pon, just makan2 je kat dewan kami yg tersergam indah iaitu MATRADE hall. hehe. dalam pada tu, diadakan jugak majlis penyampaian sijil bagi penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2011. ye, aku x salah taip. mmg tahun 2011. huhu

well, MATRADE ni bz je, so only 2013 sempena 20th annie ni, sempat diadakan majlis penaympaian sijil oleh minister kami. hehehe, x kesah pon. yg penting habuan RM1k setiap sorang da lama da dpt. tu yg penting. sijil ni x kesah sgt. lambat pon xpe. hehehe. ape2 pon syukur alhamdulillah. aku bersyukur kerja dekat MATRADE weh. aku selalu rasa bersyukur especially bila mengenangkan perubatan mak aku. semua ofis aku yang tanggung. ubat mak aku yg mahal beribu2, aku xyah bayar ape pon. aku bersyukur sangat. aku kene keje sungguh2 untuk balas jasa. ihikss betul x tipu. bangga keje MATRADE! ;)

semoga MATRADE terus success dan success ;) i am a proud MATRADER ;)

so ni antara MATRADERS yg menerima APC 2011 dgn sijil masing2. tahniah semua. anyway, ni baju corporate MATRADE. tudung wajib semua merah ok ;)

ni sijil aku. ntah aku pon xtaw nk gantung kat mana. ahaii

dah selamat mengketedarah. with my colleagues ;)

mmg saje potong mata. haha

aku post gamba ni kt FB. mmg mendapat sambutan. wakakaka. gamba minister bagi cert. aku suruh hubs amik gamba dr bwh stage. mentang2 la laki bini kerja satu tempat, boley la nak suruh suami tangkapkan gamba kan. haha. last2 tgk hasil gamba, ni je yg ada. hubs kate, laju sgt, ni je yg sempat tangkap. ok sedey.... hahahaha anyway ade je gamba yg proper dari official photographer. but saje nk suro hubs amek, so boley la aku update kt IG n FB. sekali, ni je gamba yg dapat. lawak betul la. hehehehe dah macam langsuir da. hhihihi

anniversary cake. ala, da terpotong pulak. hehehe
hadiah utk semua staff matrade. jam tangan. thanks ya!
semalam aku pakai jam ni ok. sekali sekala boley la tukar2 jam kan. weee hubs pon dapat 1. so mmg da macam couple watch da ;)

pssst, lagi 20 hari nak raya. baju melayu izz x beli lagi. esok jom sambung soping. hehehe

love ~ izyan al-za'im

Tuesday, 16 July 2013

10 months old izz

Assalamualaikum. hari ni dah hari ke 7 puasa ye. alhamdulillah so far dapat berpuasa macam biasa walaupun kat opis ni aku mengepam macam biasa. 2x sehari. ok jer :) rasa lebih bersemangat lagi adalah. alhamdulillah izz still fully breastfeeding at this age. insyaallah akan ku teruskan perjuanganku ini. ewahhh

hehe actually kelmarin 14 Julai, hari jadi izz yang ke 10 bulan. wahh cepat masa berlalu. lagi 2 bulan nak celebrate bday setahun da. hehe. last month, masa aku update izz 9 bulan, aku bgtaw yg izz da start nak merangkak. ye memang ada gaya nak merangkak. angkat bontot and buat gaya nak ke depan. tapi sampai ke sudah. itu jela aksi dia. angkat bontot, kedepan ke belakang. hahahaha. x gerak pon wehhh. kalu gerak pon, dia akan jatuhkan badan dia n mengengsot je. waduhhh xpe izz, its okay. 

bila da masuk 10 bulan ni pulak, menggila nak berdiri la pulak. pantang ade je benda atau orang yg boleh dipaut, dia akan paut dan berdiri. pastu x sedar diri nak lepas tangan. hahah confirm la jatuh. ha, pastu dia buat la lagi dan lagi. kira berlatih la tu. ok izz. buatlah, berlatih sampai pandai berdiri tanpa berpaut ye. 

hehehe mak aku kata, confirm la izz ni x merangkak. and akan terus berjalan. sbb adik beradik aku ramai yg camtu gak. hhahaha. lg 1 skang ni x duduk diam, da berapa kali da jatuh katil. huwaa walaupon da buat benteng. haha. dia boleh jugak melangkau dan terjun. sorry izz....adeh.. 

 bab makan pulak. sekarang ni punyela aku pemalas nak buat makanan izz. lempang laju2! ye ye je beli baby bullet bagai. lempang laju2 lagi. last2 skang ni aku beli jarred food (heinz/babynat) bagi kt izz. huhu. kalau kat umah baby sitter mmg dia aan mkn porridge 2 x sehari. kalau weekend, aku sumbat heinz je. ngeeeee. kalau rajin, baru aku buat something utk izz. weee 

pasal rambut pulak, ramai yg komen rambut anak aku panjang. bila nak potong? hahaha jawapannya mmg xnak potong. lol. aku n hubs mmg saje nak biar. ala2 messy kpop gitu. kakakakaka. xdela, aku mmg saje, sbb aku rasa boy comel je rambut panjang. org lain rasa rimas atau rasa x comel xpela. jji aku rasa comel. rimas tu biasa la. kalau girl pon rambut panjang, rimas gak kan. hehehe. nnt akan aku potong jugak. sementara ni, bia dulu la :)

ok izz, ummi x sempat nak update mcm2 abaout u lately. sikit2 la ummi update kalau sempat eh. kat blog jela x sempat update. kalau kat instagram tu penuh je gamba awak. haha. ok bye :) 

this photo was taken masa izz genap 10 bulan. sayang anak ummi!
ni tgh berpaut la ni. nak berdiri. ha, lps ni mesti pandai bukak drawer n berkemas kan izz? xpela, i know its your learning journey :)
ni masa last jumaat. izz ada appt dgn doctor di PPUM. pasal sakit dia dulu la. alhamdulillah. izz mmg da x sakit da. dia dah normal. skang ni just follow up dgn doc je. anyway, izz still ambil vitamin D setiap hari ye. alhamdulillah, izz suka makan ubat. x susah nk bg dia mkn ubat setiap pagi :)


dah gi spital tu, timbang skali la. so ni la berat izz yang latest. 8.02. erm,, apesal aku rasa macam x naik je. huhu. but doc kata normal je tu. so ok la :)
love ~ izyan al-za'im
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...