Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 9 October 2013

nuqman's birthday at bagan lalang

hai hai hai. banyak kisah nak cerita kat sini. tapi asyik xde feel je nak mengupload gamba. well aku punye entry harus je la byk gamba. part nak transfer gamba tu yg malas tu. adeh. erm, bayak la cerita basi nanti. atau pon cerita2 yang x sempat aku nak blogkan. kesian.. 

hehe anyway, ni minggu lepas, birthday anak buah aku yg ke sembilan tahun. abang aku nak belanja kat bagan lalang. ok lets jom! erm kali ni gi bagan lalang xde mak dan ayah. dorang kan ke mekah. ermm aku nak buat entry pasal mak sebenarnya. tapi asyik hesitate and contemplating jer. sbb cerita sedih kan. aku kalo benda sedih2 ni aku cam slow sikit nak update. cam sedih je nanti. kalau aku rasa nak update nnt, aku update la pasal mak k. yg penting doakan la mak n ayah sihat utk buat haji yang da makin hampir ni... 

ok, berbalik pada tajuk, jom jenjalan ke bagan lalang.layanzzz :) 
bawak walker utk izz belajar jalan. cum on izz! doctor suruh izz berlatih selalu so u can start walking soon :)
eh kenapa gamba ni 2 kali? x boleh remove pulak tu. belasah jela labu. haa rambut izz tu ummi suka! suka tgk rambut izz terbang2. hehehe syok sendiri  la ummi izz ni :p

utk bday nuqman ni, kami sefamily je. sampai sana nak dekat pukul 5. idokle nak mandi. panas nok! huhu. lagipon pantai dia mcm x sesuai utk mandi kan. main pasir jela.



bangah suruh kitorang pakai jersey. erm, maka jersey arsenal jela yg kitorang ade kan. hehe. izz xde jersey la. pakai tshirt arsenal je pon ok la tu kan :)

ummi n abi je pakai baju nama izz. izz de pon. nnt kita carik izz punye jersey k :)

go izz go izz!

ha ni la anak buah aku the birthday boy. dah panjat pokok pulak dia!

sand castle la sangat! ye ye ummi beli sand castle set kat toys r us earlier. tp malas nk gi dekat2 pantai tu sbb takot panas. x senonoh punye ummi. hehehe, last2 main pasir kt bawah pokok. ate, camne nak jadi castle nye. pasir xkene air. kikikii

serius nye izz. rambut terbang lagi! huhu yg shaheem tu kenapa?

x aci. along x pakai jersey. cett

actually izz n shaheem pakai baju arsenal sedondon. tapi susah bebeno nak amik gamba depa berdua ni. adoii

sisters in my family :)

semua penakot panas. choii

jersey ape yg korang pakai tah. belasah jela.. hehe

dah kenapa pandang sana? camera sini la oii

maafkan ummi izz. kerana ummi perangai camtu, izz da terselit kat situ. hahahah

gelap. sape yg tangkap gamba ni?

with shaheez. my eldest nephew. very very very tall! anyway, teringin nak gi golden palm resort kat depan tu. insyaallah one day. ha yg izz tu mmg lagu tu jela aksi dia sbb kene matahari. amboi x boleh panas sikit. mesti tunduk je. hahaha

udah2 berkelah. jom makan! tp xde gamba makanan pon. hehe

happy birthday nuqman. anak buah yg paling rajin! betul x bohong! ;)

semoga nuqman jadi anak soleh n berjaya ;)

ni hadiah dari makyang, uncle husni n izz. hopefully u like it nuqman :)
time kitorang makan ni, xde org sgt sbb awal lagi. lps tu dlm pukul 7 terus berdoyon2 org dtg sampai xde tempat. ape lagi, jom la balik. hehe thanx abangah belanja kitorang. daaaa :)

love ~ izyan al-za'im

Wednesday, 25 September 2013

selamat pergi dan selamat kembali mak dan ayah

ahad lepas, sampai lah masa yg mak dan ayah aku tnggu selama ni. menunaikan fardhu haji. mak pernah buat umrah 2 kali sebelum ni. tp kali ni dapat rezeki utk buat haji pulak. mmg impian mak ayah selama ini. alhamdulillah syukur....

tapi keadaan mak aku bukanlah sihat sgt. dalam hati aku ni, mcm x nak bg mak aku pergi sebab keadaan fizikal dia mmg x mengizinkan sgt. tp dia gigih jugak. sebelum ni mmg dia nmpak sihat. tp bila nak dekat hari berangkat, keadaan mak nampak lemah sgt. ditambah dengan ingatan dia yg x berapa nk kuat lately ni. kesian sgt tgk mak. erm aku mmg asyik tekankan pasal mak je sbb ayah aku x kesah sgt sbb alhamdulillah ayah sihat. mak je yg aku risau sbb dia mmg x sihat.  sedihnya.... adik beradik selalu ckp. jgn jatuhkan semangat mak. biarkan mak pergi. itu impian dia. kita haraplah agar ada keajaiban bila dia di sana nanti. ermm insyaallah...

mak nak pakai stokin pon xlarat. dia xboleh bongkok, so susah nk pakai stokin. mak ke sana perlu berkerusi roda. sbb mak mmg x larat jalan. kesiannya kat mak. memamg ayah ada. tp not all the time ayah boleh bersama mak. sedangkan bilik pon lain2. satu je aku harap. semoga ada insan mulia yg sudi tolong mak kat sana. kalau mak x larat buat ibadah sinat yg lain pon xpelah. asalkan ibadah haji nnt mak dapat buat. ameen.

hari pertama mak ayah kat sana, ayah ade call adik aku. ayah da siap buat umrah. tp mak x buat pon sbb mak x larat nak bangun. ya Allah kesiannya kat mak...kalau mak kat sini, bolehla kitorang tgk2 kan. ni mak xde sesapa kt sana. mcm mn la keadaan mak. mak asyik nak terlelap je skang ni. kalau baca quran pon xboleh lama sbb asyik terlelap. tu semua kesan ubat2 yg mak makan. byk sgt ubat. harap2 mak x lupa nk mkn ubat dia tu.

ni hari yg ke 4. ayah mcm ada masalah dgn sim card activation. harap2 sim card tu cepat lah ok supaya senang kitorang nk call dorang. dah 2 hari x dengar berita. harap2 everything is fine over there. maklumla org tua, bukan nye reti sgt pasal simkad2 ni. kalau kita org muda yela laju je. erm risau pulak. sedih pon ade mengenangkan mak ;( aku doakan dorang ok2 je n mak punye kesihatan bertambah baik... semoga mak dan ayah mendapat haji yg mabrur.

erm ni masa malam sebelum mak berangkat. kami dan keluarga buat baca yaasin kt rumah. erm, kantoi la yan.. nak quran electronik sgt. tp tu bkn yaasin yg ko bukak tu kan? haha erm, eaa kita baca taw, tu kebetulan tertekan benda lain kot. hehe

izz ni org tgh baca doa, die mengelijat pulak aihh

my nephew nubhan. ye ke baca yaasin tu?  pandainye:)

doa kami agar mak n ayah dipermudahkan segala urusan semasa berada di sana

kami ke tabung haji kelana jaya betul2 lepas subuh. mak ayah kene berkumpul pukul 8.20am. kene ada 2 jam sebelum. rumah kitorang bukan jauh pon. so masuk je subuh terus solat n gerak ke tabung haji

wheelchair ni mak yg punye kami bawak smpai tabung haji je. lps tu, mak akan guna wheelchair tabung haji. tp bila smpai mekah nnt, along ada contact utk seorang hamba Allah disana utk pinjamkan wheelchair. alhamdulillah, hamba Allah yg along temui di FB telah pon menghantar wheelchair tu kepada mak di sana. semoga Allah memberkati haji Arsyad tu.

ramai sedara yg hantar mak ayah ke tabung haji. so mak nmpak sihat sikit masa tu. mak akan nmpak sihat bila ramai2 org keliling dia :)

port anak2 buah. punyelah mahal dorang jual belon gas ni. selalu kt psr malam RM5 je kan. kt sini jual sampai RM10. gilo. tp aku beli gak utk izz. naseb bek RM8 je. tp still mahal gak. huhu
ayah dah siap dgn pakaian ihram. ayah marah kain ihram dia mahal RM99 gitu. pdhal kat maidin RM29 je. kitorang sedapkan hati ayah. kitorang ckp ala, ayah punye kain ni ade design2 n selesa sikit. sebab tu mahal. hahaha mmg mahal la RM99. kitorang xtaw pon ayah da beli dulu. klo x, mmg aku bwk beli kt maidin je. hehehe


mak ayah dengan kesemua anak-anaknya.

ayah jaga mak elok2 ye

my family. anak2 bangah tah mana tah

my aunties n uncles

my uncle family

izz gonna miss wan ;) tgk la kasut mak tu. hya crocs je yg dia muat. itu pon kene beli size utk lelaki. dah 2 kali sebelum tu beli kasut utk mak nk gi haji tp tb2 x muat. sebab kaki mak mengembang n membengkak. kesian mak.. last2 kitorang beli crocs lelaki size 9. pdhal sblum ni saiz kasut mak 6 je...

we love u mak ayah. semoga sihat di sana ye

mak da tukar pakai wheelchair tabung haji. si mamat ni gi main wheelchair wan dia.

tahun ni mcm x ramai sgt kat tabung haji. yela tabung haji kan dah hadkan bilangan jemaah haji tahun ni sbb ade renovation kt mekah tu kan. so selesa la. xde la ramai sgt mcm last time dtg sini.

dari pompuan berdiri baju putih hingga ke kiri, semua tu sedara mara aku hokay. hihi penuh dgn kerabat je. yg peginye 2 org je kot. hihi

ape yg aku buat tu? hehe. lebih dr 10 kereta yg menghantar mak ayah ke tabung haji hari tu. semangat semuanya. yela, sedara mara aku mostly duduk kt klang valley. so setakat nak hntr ke kelana jaya tu, small the pieces la. semua suka join wlopon kene keluar rumah sesubuh hari. hehehe thats so special bout my big family :)

time ni mak dan ayah dah masuk ke dalam dah. bye2 ayah n mak. kitorang x abes2 tangkap gamba algi, amboi bertudung litup semua. alhamdulillah ;)

budak ni cranky kenapa? x mandi lg tu. hehehe. kejutkan dia pukul 5 pagi. terus salin baju. xkan nk mandikan pulak subuh2 hening tu kan. hehehe. balik tu baru mandi :0

tq all cousins temankan mak kita smpi tabung haji :)
ok la tu je. aku doakan mak n ayah elok2 aja kt sana. aku sentiasa doakan insyaallah. xsabar nak tgu 11 november utk sambut mak ayah balik ;)

love ~ izyan al-za'im

Thursday, 19 September 2013

izz's 1st birthday at kfc (part 2)

ok sambung lagi pasal birthday izz yg pertama. actually nk tempek gamba je pon. hehehe. rasa nak tempek semua gamba yg ada. tp aku belasah jela letak mana yg sesuai je. hehe. layanzzz

3 hadiah yg aku dah sediakan utk pemenang best dress katanya. best costume la kiranya kan. hadiah biasa je. saje buat sonok2 org dapat hadiah. hehe

ha ni la tikam yg aku dok cite tu. masa aku kecik, ade jugak la beli tikam ni. hehehe salu seposen or dua posen kan. but this time, aku bagi je nombor kat semua tetamu. sorang ade yg dapat 3 4 5. hehe sbb ada 150 nombo semuanya. mmg berlebihlah kan. so semua org dpt hadiah. sbb paling cikai pon sticker kot. jadilah buat suka2. hadian menan je pon semua tu. tp yg adult pon sebok collect hadiah. sukanya kitaaa. ngeee

ha x abis lagi game. chicky dance dgn chicky kot. haa semua layan. bagusss izz joget ngan ummi je.

ha izz pelik la tu. uumi pakai spec besar. lol. saje suruh SIL belikan spec ni. kikikiki

nasib baik chicky ni wangi. last time busuk sikit. kekekeke.

tiup lilin!! haa actually aku ada beli thin candles yg banyak kecik2 halus tu. bli kat ballon buzz bagai. jadi mak bday boy sgt lah bz ok! last2 aku lupa wehh. ade je candle tu dlm beg aku. huwaaa xpela, tgu la bday org seterusnya kita guna candle tu ok. pakai jela candle free ni. hehehe. kek round tu mmg KFC bagi. yg superman tu order lain.

ha, time ni aku tgh umumkan hadiah utk best costume. si fahmi menang. tapi nangis pulak dia tgk chicky. adoii

hani menang best costume for girl. pon nangis jugak tgk chicky. hahha lawak betol

wafi menang best costume for adult. xtaw nak pilih pemenang sebenarnya. aku pilih wafi sbb dia pakai seluar kecik kat luar. ala2 superman la pakai spende kat lua kan. hahahaha

photo time! lets strike a pose!

superhero kan! jom buat gaya otroman!!

gaya ape ni weh? seyes sedara mara superhero aku ni semua sporting. suruh je buat ape, mesti nak buat. kehkehkeh

sayang korang semua ketat2. dah lah susah2 carik baju superman utk party izz ni. pastu habes havoc party ni korang buat. hehehe korang mmg terbaek!! ada superman, batman, spiderman, ultraman, power puff girl. best la korang!

family izz pulak nak tangkap gamba. tp izz xnak pandang camera!! huwaa nangis ummi camni.

sayang izz, nnt awak da besar, awak tgk gmbar ni, mesti awak nyesal x pandang camera. hahaha

ha ummi abi lak nk amek gamba kt sini

time ni izz da zzzzzzz tetamu pon ramai dah pulang. majlis berakhir dalam pukul 1.30 alhamdulillah semua tetamu happy :)

terima kasih daun keladi utk semua hadiah2 ni. izz suka sgt. yg penting, izz menang moto!! hehe

superheroes on izz's 1st birthday

ha, xkan izz pulak yg bukak hadiah kan. hehehe ummi suka sgt dpt tolong izz bukakkan hadiah. mak jemah sangat kan! hehe

yg ni pulak hadiah dari ummi dan abi. petang birthday izz tu, kitorang gi mid valley. carik toys r us. carik hadiah utk izz. yela sebok bukak hadiah org lain. ummi n abi x bg hadiah pon. hehe. pilih2 punye lah lama. last2 kami pilih yg ni. tercekik jugak dgn harganya. tp kami fikir, alang2 beli hadiah mainan, beli yg elok sikit la. insyaallah boleh pakai lama. huhu. so far izz suka ;) byk sgt mainan org bagi hadiah. setiap hari main satu ye izz. hahaha tp yg ummi abi bg ni, wajib main setiap hari. hahaha

x sempat amik gmba sama dengan pemenang best dress. ni la dia hani n fahmi! comel je!

alhamdulillah majlis berjalan dengan baik. impian nak buat bday izz bertemakan superhero tercapai. terharu dgn sambutan yg diberikan tetamu. ewahh. alhamdulillah dpt jugak ummi buatkan baju superman khas utk izz sempena birthday ni. hehe.kalau ada rezeki, tahun depan kita buat lagi ye izz. kalau xde rezeki, kita sambut bertiga pon ok. hehehe. ummi asyik terkenang2 je dgn bday party izz. ummi n abi happy sgt. harap2 izz pon suka. semoga izz jadi anak yg soleh. nanti dah besar, celebrate bday ummi n abi pulak ye. hahaha i love u so much son!

love ~ izyan al-za'im
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...