Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 17 September 2013

IZZ'S 1ST SUPERHERO BIRTHDAY (part 1)

hai! akhirnya aku telah menjadi seorang ummi selama setahun. 14 september 2013. izz genap setahun. alhamdulillah. erm lama aku dok pk pasal birthday party utk izz ni. maklumlah anak sulung dan tunggal la katakan. hahaha

mula2 rasa mcm nk buat kt rumah. pasang khemah n panggil clown. hahaha kengkonon je kan. tp bila pk2 balik, malas nak renyah2 kan rumah. kita buat dekat kfc jela. everything is provided. bawak badan jela kan. mmg dasar pemalas. puii. hehe.2 3 bulan asyik pikir pasal birthday je kan. tp xde buat preparation pon. just aim aim je. sebulan sebelum baru aku book KFC subang parade utk party venue. itupon x dpt time yg aku nak. petang dah ada org lain book. so aku ambik jela slot pagi 11am to 1pm. xkesah jela. janji hari sabtu jugak kan. aku mmg saje pilih subang parade. x jauh dr rumah aku. plus kfc situ aku mmg perhatikan, x ramai org. hihihi so privacy sikit la kan. lg pon, anak buah aku shaheem dulu pon pnh buat bday party kat situ jugak.

ha, mmg rezeki aku taw. aku mmg plan nak buat theme superhero. bila aku gi KFC utk buat booking, kebetulan dorang memang tgk season superhero theme. wahh sesuai sgt. FYI, theme utk party kat KFC berubah2 ikut tahun or ikut ape x sure la. last time anak buah aku punye bday, theme jungle safari. this time theme superhero pulak. yg bestnye, bila aku invite tetamu2 aku, bila ckp theme superhero, aku x expect la org nk ikut tema. but aku just mention kat invitation card (invitation card provided by KFC) wear ur superhero costume. makanya, mmg tetamu2 aku 90% pakai ikut tema wehh! terharu nak nangis kita. hehehe. suke giler tgk tetamu semua bertungkus lumus carik jugak baju superman semata2 nak attend birthday party izz. weeee

aku pulak mmg awal2 da sediakan hadiah utk best costume award. saje for fun kan. sape pakai ikut tema tercantik, dorang la menang. 1 for girl, 1 for boy, 1 for adult. hadiah2 games n party packs semua provided by KFC. even cake pon KFC sediakan. but kek yg KFC bagi tu, kek biasa jela. so aku order 1 lagi kek gambar superman. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Aku ni walopon da berapa hari party tu berlalu, tp masih teringat2 kemeriahan party tu. happy n fun sgt. seronok sbb guests especially sedara mara aku semua sporting. so sgt la havoc. tq all superheroes! 

sorry jugak sbb ade yg aku x dpt jemput. i wish i could invite semua. tp ape kan daya. insyaallah ade rezeki next time kan...

erm, aku tepek la dulu gamba2 sempena birthday party izz ye. nnt aku mebi sambung kat part 2 pulak.

so this is the bunting to welcome the guests. ape ke ejaan tu jadi 1 year's old pulok. xyah 's tula deknon. haha

ummi n abi pakai baju superman kale putih. baju izz je ummi buat sendiri. baju tshirt putih beli kat mothercare. beli kain felt kat daiso. buat bentuk diamond n letter I. jadilah tshirt custom made superIZZ. gigih ummi. hehe

haa ni lagi satu kegigihan ummi. superman cape. buat sendiri jugak. kain biru tu aku beli kat pasar senin kat parit perak. semeter RM3 je. kebetulan terjumpa, terus beli. ha, buat jela huruf A for Abi, U for Ummi and I for Izz. jahit la. jahit tengan je tu. gigih tak?? haha x kesah la klo org tgk cape tu biasa2 je. tp, aku bangga aku dpt siapkan cape aku n family aku sendiri. tahniah utk diri sendiri. weeee

izz and atok. wan x dpt dtg. wan kan x sihat sgt. tp wan da siapkan hadiah utk izz ;)

we are superhero family!

ha ni anak2 ofismate aku. dah la dtg awal. sedondon pulak tu. mmg terbaik la! tq ye pakai baju superman :)

ni my cousin n family. antara tetamu terawal jugak. semua layan baju superheroes. tq2 terharu!

abes ati buat cape sendiri kan. so asek ambik gamba ngadap belakang jela jawabnye. lol

haishh gamba belakang lagi. hehehehe

semua sebok nak bergamba dgn benda ni jela gamaknye. hehe

bday boy punye mask. all kids dapat superhero mask. tp utk bday dpt design lain sikit yg ni la. tp bukannye nak pakai si izz ni. besala budak kecik x selesa. hehe

bday boy with makcik. bday boy selsema masa ni. cian dia...

fly baby fly!

happy birthday son. ummi loves u so much! this party ummi n abi made specially for you. this1st bday party will be a memorable one for u to look back n remember later ;)

kenapa pandang camtu? ummi cntik sangat ye izz? hehehe


let the game started! all kids excited. comel2 superhero2 ni. huhu

with cousins n nieces ;) izz tah kemana mak je posing dulu. huhu

with my colleagues. tq dtg dari jauh utk bday party izz :)

game lagi! happy sgt sbb budak2 happy. pemenang games dpt hadiah. yg x menang pon dpt hadiah. seriously berbaloi buat bday party kat kfc ni.

ala comel anak ummi ni. wlopon penat, dia tgu smpi majlis nk abis baru mintak susu. hhihi. lupa nk ambik gamba party packs. yg kale kuning tu party packs by kfc. pakej yg aku amek ni ade 25 je party packs. kids yg dtg more than that, mintak maaf ade yg x dpt party pack. sorry sgt2. naseb baik ade game. so ade hadiah. chicky meal pon ade. so xdela yg pulang tgn kosong.

superman cake. sama mcm kek barney hari tu. order from kawan kakak aku. dah la sedap. RM50 je pulak tu untuk kek besar ni. dlm kek byk strawberry pulak tu. tp tu harga kakak aku la. hihi. tq kak jai. asik bg kita kek harga murah je,,,hihi

tidak dilupakan game utk org dewasa ye. as usual mak bday boy mmg suke. hehehehehe. plus sedara mara aku mmg sporting klo part games ni, semua join. mmg havoc giler. staff KFC tu pon pening layan kitorang. hahaha

ha, semua follow je ape staff kfc tu suruh buat. kikikikiii

aku ada buat acara tikam taw. taw x tikam tu ape? rugila kalo x taw. haha. aku beli set tikam tu kat kedai warehouse kat umah aku. nombo2 tu aku bg kat semua guest x kirre kecik atau besar. wlopon hadiah2 tikam tu semua adiah budak kecik. hehehe. mmg layan main tikam ni. semua dpt adiah taw. walopon adiah nye x seberapa la. saje for fun kan. xde pon yg dpt thank you. semua dpt hadiah. berlebih2 nombo tu. jadi si ekin opismate aku ni, telah menang grand prize. grand la sangat kan! hehehe kereta kontrol rasanya. tahniah! nnt majlis2 akan dtg, aku nk beli lg la tikam ni. sonok tgk org lain rebut2 nak redeem hadiah wlopon hadiah bodoh je pon. meriah sgt! hehe

ok la nnti aku sambung lagi. nak balik da ni. bye tu ti tuuu

love ~ izyan al-za'im

Monday, 9 September 2013

izz's pre birthday celebration

pre birthday celebration? pe jadahnye? hihi. yela, birthday izz kan 14 September. sabtu minggu ni sepatutnya. bukan minggu lepas. tapi, memandangkan sabtu lps, mak n ayah aku adakan kenduri sempena dorang nk buat haji. insyaallah dorang akan berangkat 22 september ni. so alang2 tu kan, buat la acara tiup lilin utk advanced birthday la kiranya. ahaiii

xmalu betul menumpang majlis orang. alaa majlis mak pak sendiri jugak. hehe. lg pon akak aku nk sponsor cake, so buat jela. hujung minggu ni insyaallah ada lg 1 birthday party izz yg betul2. tp x dpt nk ajak semua org. harap semua paham... i wish i could invite semua org. insyaallah ada rezeki di majlis bday izz yg seterusnya. xtaw lagi. hihi x sabar tgu hujung minggu ni. hrp2 bjalan seperti yg dirancang. amin...

ok, layan beberapa gmbar sempena pre bday celebration utk izz. kalo sape yg follow instagram aku (izyanalzaim) msti malas nk tgk entry ni sbb gamba2 ulang tayang. haha. zasss

majlis bacaan yaasin oleh kwn2 mak. lps tu, doa selamat oleh kaum lelaki kawan2 ayah pulak.

mak paksa ambil gambar dia dgn best friend dia ni. hehe. semoga mak sihat di mekah nanti. kitorang doakan mak k. mak kene kuat. kaklang taw mak kuat.


ni bibik dan nenek. dorang ni lah babysitter izz. alhamdulillah diberikan babysitter yang sgt baik dan sayang dgn izz. syukur...(bibik pandai lilit tudung ok!)

kek barney ditaja oleh along ;)

ummi, rilex! x yah over sgt. lol

happy birthday in advance anak ummi!



izz xnak tiup. bagi ummi n abi jela. hahaha





mini pavlova rm1 sebiji. order kat kawan aku punye kakak :)

abi nak pakai baju sama izz. polo t kale biru. tapi xde pulak. lupa pulak ummi ada baju polo t BKP. ummi bukan pakai pon. so, abi sarung jela. jji sedondon dgn izz. kekekeke

sayang anak ummi!



bsama bakal keluarga bakal mertua acah. pon bolehh hehe. tq everyone for coming. actually aku x invite kawan2 aku pon. maklum la, bukan majlis aku pon. hihii.
ok, lagi 5 hari izz nak setahun. da besar anak ummi. sob sob sobsss.

love ~ izyan al-za'im

Monday, 2 September 2013

merdeka!

assalamualaikum. wahh dah november la! bulan kehairan izz telah menjelma. kurang dari 2 minggu. nervous! heee 

anyway, cite pasal hari merdeka la. aku ada update kt FB, aku carik bendera Malaysia kecik x jumpa. seyes aku gi kedai 2 ringgit n convenient store xde pon. pelik betul. last2 aku jumpa bendera tu kat kedai buku rumah aku. serinngit je satu. aku beli la 2 utk izz. suka koo izz main bendera malaysia. baru la feelinf merdeka kan! wlopon harus la dia x faham lagi. hehe

balik kerja hari jumaat tu. as usual, lepak rumah mak. mak kata dia nak cari kasut nak gi haji nnt. erm lupa nak bgtaw, mak n ayah dpt buat haji tahn ni. 22 september ni dorang berangkat insyaallah. mak tu, bila kata nk sumting, dan dan tu jugak dia nak. hehe. maka lepas maghrib bersiap2 la dgn baju keje gerak ke sunway pyramid. aku hubs izz mak dan ayah. 

aku suruh dorang shopping kat jusco je. xyah gi kedai2 lain. senang. lagipon da malam. last2 bukan mak ayah je shopping, abi sekali shopping. boley tahan laki aku ni.pantangggg hehe. lps shopping sunway pyramid, gi singgah mapley minum2 jap. lepas da minum2, hantar mak n ayah balik. dalam pukul 11pm masa tu. mak n ayah tutup je kete, aku saje ckp ngan abi. jom gi putrajaya tgk bunga api! hubs kata, betul ke? izz kan nak tido. aku jawab. ala, otw ni izz tido la dlm kete. nnt da sampai, kita kejutkan dia tgk bunga api. hehehe. hubs pon setuju. hahaha. mmg unplanned betul. terusla kitorang menuju ke putrajaya weeee

sampai putrajaya, elok2 je nak dekat pukul 12. xdela betul2 gi picc. sbb mmg da jam da kat situ. byk kete mmg park tepi jalan sepanjang jalan. kitorang stop tepi jalan. kejutkan izz. kesian izz. mmg dlm gambar, semua muka izz ngantuk.

tapi punye la magkuk hayun. bunga api bukan ke sepatutnya start tepat pukul 12mlm? punyela ramai makhluk kat situ, budak2 semua tya, mana bunga api? last2 dekat 12.20 baru bunga api keluar. aiseymennnn. ok la, bagi izz tgk bung api wlopon ngantuk. hehehehe. kt putrajaya kan ade pertandingan bunga api 6 negara sekarang ni kan. so malaysia peserta pertama. malam merdeka tu la. mesti negara lain punye bunga api lg best kan. erm, kalo ade masa boley la gi tgk minggu ni n minggu depan. heee

yayy izz da dpt bendera malaysia


kat jusco. naseb ade abi yg dok jaga dia. xmo duduk diam dlm stroller skang ni.

aik gelak pulok!

kat kedai mamak pon still pegang bendera taw. patriotik sangat! hehe

pandai slide sendiri kononnye

while waiting for the foreworks


cian izz da terlentok. hehe


buah hati saya







merdeka!

esoknye gi open houses la :)

baby besar dlm buaian cukur jambul baby harraz
love ~ izyan al-za'im
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...