Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 16 August 2013

izz is 11 months old

kelmarin iaitu 14 September 2013, anak bujangku, cewahh bujang la sangat, telah genap 11 bulan. alhamdulillah membesar dgn normal.

update utk 11 bulan ni, izz da pandai berdiri. pantang ade tempat berpaut, dia akan nak berdiri. sebelum ni, kalu berdiri, dia x pandai nak duduk. skang ni, da pandai berdiri, pandai la dia nak turn duduk sendiri. hehehe. tapi kalau lepas dia x berani lagi. maybe x lama lagi ok la kot.

selain tu, mulut makin becok. ok good. cakap la ape awak nk ckp izz. ummi dengar je. hehe.

pasal pemakanan pulak, izz makin kurang makan. pengasuh pon ckp benda yg sama. erm, da lama x jumpa paed ni. nk tgk perkembangan dia. next month umur setahun baru ade appt utk immunisation. hopefully perkembangan dia ok. sbb ramai yg kata badan izz x membesar. erm, aku ade baca, budak yg fully breastfeed, at his age, mmg xnaik badan sgt sbb masa ni la die kene ringankan badan sebab nak explore byk benda (berdiri, berjalan and so on) hopefully fakta tu betul la and i dont have to worry much.

alhamdulillah dah sebelas bulan jugak aku fully breastfeed izz. syukur atas rezekimu ya Allah. Orang dok promote supplement shaklee n so on kat aku utk byk kan susu. at this stage, i still dont need them. next time x pasti la kan. tp kalau org tya, how do i maintain my milk production. my answer ialah, xde ape2 petua. aku makan ape yg aku rasa nak makan. and aku xde pantang ape2 pon. kalau aku x makan sumtimg, bukan aku pantang atau diet. itu maknanya aku x suka makanan tu. hehe. yg plg penting sebagai wanita berkerjaya ni (ewaaah) kene la rajin dan konsisten untuk mengepam kalau berniat nk fully breastfeed anak. jgn cheating ok! kalau beli breastpump harga beribu pon, tp malas nak mengepam, xde gunanya jugak hokay. breast kita ni, kalau xde gesaan atau x dipam, lama2 susu tu akan berkurang dgn sendirinya. as simple as no demand, no supply, the more we demand (pam) the more it supplies. so aku sgt bersyukur aku dpt susukan izz susu badan aku sendiri sampai skarang ni. hopefully dpt continue sampai 2 tahun. ameen. kalau aku tahu ada mommy yg nk breasfeed baby, aku mmg support betul!

makin lama rambut izz makin  panjang. org asyik tya, bila nak potong rambut izz? hahaha the more people ask, the longer i want it to be. lol. xdela, aku n hubs mmg saje nk simpan rambut izz panjang. kenapa? sbb aku rasa comel. lantak la org nk kata x comel. aku yg rasa comel. hahaha. org yg x penah jmpa izz, akan kata izz girl. adehhh its okay. i x kesah pon. jji i taw anak i boy n dress him like a real boy. its only his hair that i keep long. ada masalah? huhu

ok la, x sampai sebulan lagi nak celebrate bday izz yg pertama ok sgt excited. hubs n i dah discuss nak belikan hadiah ape utk izz. tgk la jadi ke tak. party venue pon x reserve lagi. hopefully sempat la nk gi book esok. 
yg ni aku rasa ada mcm pompuan sikit. hihi. tp kalau anak korang pompuan, korang nk ke pakaikan baju maskulin mcm ni? hohoiii

suka sgt bergolek2 skang ni


yg ni mmg saje kasi rambut tu messy. weee

izz, silala terharu sbb ummi kasi kamu minum susu ummi xde campur2 lagi taw! hehe. nenen je kejenya :P
yg ni saje je tempelan. nak bgtaw yg aku akn join event ni esok. slot izz pukul 8pm esok. eksaited ok! saje je. nk gain new experience. nnt boleh izz dapat certificate from msia book of record selain goodie bag. x sabar nk gi esok! tq hubs sbb sporting layan ummi nak join benda ni. muahhh

love ~ izyan al-za'im

aidilfitri 2013

selamat hari raya semua!udah2 la beraya tu. smlm da start masuk kerja. cukup2 seminggu amek cuti raya. huhu. so tahun ni giliran beraya pertama bersama family aku. hooray! tema kitorang di pagi raya ialah electric blue. alhamdulillah dpt beraya bersama seluruh keluarga yg tersayang. walopon mak x berapa sihat, still masakkan jugak masakan kegemaran kitorang utk raya. sayang mak! kalau kitorang yg masak, jahanam la pagi raya tu nanti jawabnye. hahaha. so layanla gambar yg ade ni. hihi

izz asyik bad mood. xnak senyum and asyik nangis pagi tu. adehh. bersama helium ballon yg dibeli di jalan TAR pd malam kejadian. ha gigih x, gi jln TAR mlm raya. hehehe. belon ni sgt la mendapat perhatian tetamu2 cilik yg dtg rumah mak. kalau boleh, nak bawak balik kan. hahaha. untung la izz, mak ko suka belikan belon. hahahaha

bersama adikku acah bersama handmade shawl buatannya sendiri. aww

nak jugak camwhore tayang baju raya. lalalalala

with niece yg jarang ditemui. hihihi die telah terBaling di MRSM baling kedah. school hols jela baru jumpa :)

mak ayah yg dicintai. insyaallah bakal berangkat ke Mekah utk mengerjakan haji 22 september ni. semoga mereka diberikan kesihatan yg baik utk kesana nanti...

cinta hati, jantung hati, buah hati saya.

family kecik saya :)

muahmuahmuahhhh izz. hakikatnya, aku x berkenan dgn baju melayu yg izz pakai tu. tula, beli lg last minit. dah la besar. aku dah alter pon still besar. huwaa next year ummi beli awal. kita carik kain yg elok n saiz yg sesuai ye izz. i hate myself bila tgk izz pakai baju ni. put the blame on me!

izz with abg shaheez. sepupu sulung. ape yg bergulung sgt rambut tu izz. hahaha

as usual, amek gamba kt studio. click click. gamba x siap lg. ni tangkap pakai hp dr desktop je. huhu izz xmo senyum. gerammm

whole family potrait. naseb baik anak2 kecik semua behave. good boys!

still raya pertama. but sebelah malam pulak. kitorang x byk gi raya. mak x sehat. so, ramai yg melawat mak kat umah. org dtg umah kitorang instead of kitorang beraya keluar.

ha, baju melayu yg ni ummi berkenan sikit. saiz elok2 je. xmcm baju biru tu. nak nagis ummi tgk. hehehe. yg ni recycle masa wedding BIL hari tu.

wlopon x byk beraya rumah org, tp izz still masyuk sbb dpt duit raya dr org yg dtg umah mak. hahaha. alhamdulillah.


ok, nanti sambung cite raya kt perak pulak k ;)

love ~ izyan al-za'im

Tuesday, 6 August 2013

last day kerja sebelum cuti raya

hari ni aku masih keje. last day sebelum esok aku bercuti sapai rabu minggu depan. cett padahal ramai da colleagues aku start cuti semalam. semalam pon macam sunyi. hari ni pon sama.

disebabkan hari ni last day, and x ramai org kat ofis, mlm tadi aku cadang nak bawak izz gi ofis la. hehehe. kesian dia kat umah nenek (babysitter) je. hari ni teman ummi gi ofis ye izz. hehe. kalau da bosan dgn ummi kang, ummi hantar kat abi kat tingkat 8 k. untunglaa laki bini keje satu bangunan. hihihi

setakat pukul 10 pagi ni, dia ok je. pukul 7.10am da sampai opis. amboii jalan clear. kan best hari2 jalan camtu. mimpilaaa. haha.erm, so nak tunggu sampai 4.30 la. x sabar nak balik. haha. datang ofis ni pon buat syarat je. xde keje pon. 

erm ok la, sempena nak raya ni, nak ucapla selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin (bajet ade org nak baca la yan. hahahaha)

alamak baju melayu izz x alter lagi. harap2 sempat la mlm karang atau esok. huhu. ok byee

datang je tempat umi, terus je mencapai2. sepahkanla izz ummi x kesah ponn. hehehe

dah penat main, nenen jap n terus tido. sampai skang x bangun lagi. sedap la tido kat opis ummi yg sejuk mcm peti ais ni. hehehe. tido la lama2 izz. da penat kang, baru bangun ye. hehehe bye :) 

love ~ izyan al-za'im

Monday, 5 August 2013

persiapan raya izz

lagi 3 hari nak raya oii! ofismates aku ramai jugak yg dah cuti. aku ni, esok still keje lagi. malas nak ambil cuti awal sbb aku raya kt Pj je. memandangkan mak aku pon x berapa nak sihat, so kitorang x balik kampung melaka dis year. macam mn pon, dari dulu mmg kitorang jenis raya pertama di ibu kota ni. hahaiii 

this year turn beraya dgn family aku dulu. raya ke3 baru plan balik ke hometown abi di seri manjung perak. this year raya sini, boleyla malam raya nak terjah jalan TAR. yeayy. tgkla klo izz ok, plan on! hehe

this year jugak, 1st time aku sambut raya sebagai ummi. cewahhh ade anak dah! so preparation anak ada la sikit. biasa2 je. untuk ummi, seyes xde ape sgt. baju raya 2 pasang je weh. adala casual dress 2 helai gak. erm, xde mood nak shopping baju sendiri weh. huwaa. naseb baik beli handbag raya baru. huhu. hehe. abi pulak, boleh tahan shopping raya. xpela, ikut mood masing2. yg penting, utamakan anak dulu.

so ni antara persiapan raya utk izz. kalau x cukup, nnt kita ajak abi shopping lagi ye izz. hahaha.

long sleeve tshirt - Mark&Spencer

smart je aku tgk manequin baby tu pakai. rembat la satu. hehe - H&M

jumper -Zara Baby

H&M cap. konon2 nak tunggu raya. tapi dah pakai awal. hihi

H&M socks. macam stokin sekolah pulak kale putih. hehehe smart la budak pakai putih :)

yg ni aku paling suka! studded plimsole from Zara Baby. aku mmg dok aim studded shoes for izz. since zara ade design ni for baby. tgh sale pulak tu, mmg right time la nak beli. actually nak design lagi satu. tp xde saiz pulak. yg ni pon ok jugak la. ummi suke :)

green pants H&M. sedondon ngan abi. seluar hijau jugak

socks lagi? hehehe Zara Kids

swimming trunks raya. haha. ntah bila nak swimming tah. saje beli. kot2 nak swimming nanti. H&M

mak aku asyik ulang, izz kene ada beg nak isi duit raya. nanti dapat duit raya, simpan dalam beg. hahaha. yela.. ummi pon jumpa pouch ni kat Daiso. sesuai la kale hijau utk izz. kumpul duit raya byk2 ye izz. hehe

alaa x rotate ke gamba ni. lantak la. hehe. baju mama linda belikan :) Cotton On Baby

senyum2 abi, bila aku kata nk beli tshirt ni. cett. hehe. i like the colour! - Mothercare

aku rasa mcm comel je menatang ni. hehehe - Miki Kids

alaa x rotate jugak? lantak laa huhu - Poney

yayy izz ada songkok raya! saiz 18 taw! beli kat pasar malam je. baju melayu izz xde gamba pulak. beli kat Kawanmu. murah je. tu pon besar. nak kene alter sikit. hehe. tahun ni tema baju raya ialah electric blue. so nantikan baju raya izz. haha
ok tuje la gamba2 baju raya izz. erm, cukup la tu. baju lain pon byk lagi yg jarang pakai. bersederhana la ye izz. kita ulang pakai ape yg ade ye. x sabar nk teman izz kutip duit raya. hahahaha. ummi pon da siap masuk duit raya dalam sampul. x sabar nak bg budak2 duit raya.

ok la, selamat menyambut hari raya semua! berhati2 semasa memandu. ingatlah orang tersayang. weeee

love ~ izyan al-za'im

Thursday, 1 August 2013

Iftar unit HRM

entry sebelum ni aku cerita pasal iftar MATRADE. sekarang ni entry iftar untuk unit pulak. alhamdulillah dapat berbuka bersama dengan unitmates aku di D' Arab Cafe dekat je dari opis aku kat jalan duta jugak. terima kasih kepada yg sudi sponsor iftar kami kelmarin ye. hehe minggu lepas iftar dgn unitmates hubs tp mana tah gamba. hahaha

actually tahun ni, mmg aku xde berbuka kat lua langsung.kecuali dgn ofis ni la. compares to last year dan sebelum2 ni. keje aku mmg asyik berbuka luar je. balik keje terus merayap cari tempat berbuka. tp berbeza lasince da ada anak ni. balik keje je nak pegi ambil anak dulu kan. so xde la kami nak keluar berbuka kat luar. macam pelik je bila aku n hubs bercerita yg kitorang xde berbuka kat lua tahun ni. hehehe. so bila ada iftar dgn unit ni, harus la pergi. ok layan jela gamba yg x seberapa ni ;)

janji semua nak datang pukul 6. laju2 la aku ambil anak aku kat PJ and patah balik jalan duta taw. last2 aku sampai pukul 6.30, xde sape datang lagi. cett. so jom la kita tangkap gamba dulu ye izz. hehe hari2 blk keje lalu depan masjid wilayah ni. baru 1st time dpat tangkap gambar berlatarbelakangkan masjid cantik ni. hehe

1st time try this restaurant

nama pon restoran arab. maka, makan nasi arab la kan. aku n hubs mmg xnak kambing. so kita amek ayam je :)

jemput makan. ni hidangan utk 3 org

as usual, bila nak berbuka, bagi la si izz tu ngadap tab supaya x kaco kitorang berbuka. hehe. nampak tak air kotak depan abi tu? air mango nectar. perghhhh sedap gilos. pekat likat. RM10 sekotak. arghhh nak lagi!

adris, sha n linda

hensemnye awak rahman!

ni la kawan2 unit saya :)


geng jejaka

kenapa izz pandang kakak zara camtu? hehe

kacau orang punua lolliepop ye izz

ok baru ada ummi menyelit :p

lagi sekali berlatarbelakangkan masjid wilayah waktu malam pulak

kami solat kat ofis je. so ummi bawak izz dtg work station ummi. bersepah kan?? hahaha

ok tu je dari izz, bye2
love ~ izyan al-za'im
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...